Isnin, 17 Mac 2014

Ei....memang geram....sampai bila la nak mcm ni...dy dah makin dimamah hari...fikirla wahai manusia....

cerpen bertajuk "andai itu takdir kita"

    Ring!Ring!Ring! Loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan bagi sesi pagi akan
bermula.para guru&pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Emas berpusu-pusu ke tapak
perhimpunan untuk menghadiri perhimpunan mingguan.Waktu ini,semua pengawas tegas dalam
menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan.Seperti kebiasaan,pelajar yang datang
lewat ke tapak perhimpunan tidak dibenarkan berbaris bersama2 pelajar yang telah tiba
lebih awal dan akan dikenakan tindakan disiplin oleh cikgu Maimunah,guru disiplin yang
cukup tegas dan bengis dalam menghadapi pelajar2 yang melakukan kesalahan.Bagi Afi,
tindakan disiplin biasa baginya.Apa tidaknya,setiap kali perhimpunan diadakan setiap kali
itulah dia menjadi salah seorang pelajar yang berbaris di barisan belakang.Bukan tak pernah
ditegur oleh guru2 dan rakan2 malah telah banyak kali diberi kaunseling tapi seperti 'mencurah air di daun keladi''
     Selesai perhimpunan semua pelajar diperiksa kebersihan dan pakaian sebelum dibenarkan
masuk ke kelas masing2.Lain pula kisahnya dgn Afi.Seperti biasa tangannya menjadi habuan
libasan rotan cikgu Maimunah.Setelah dimarah dan dileteri,Afi dibenarkan masuk ke kelasnya.
Dia melangkah masuk ke kelasnya,6A2 dgn muka yang bersahaja.
    "Hai,apamacam Afi?sakit tak libasan rotan 360 darjah harimau betina tu?
Sememangnya itulah gelaran yg diberikan kepada cikgu Maimunah.
    "tak la..sedap gilerr..!Alah kau ni Zack,macam tak tahu jerk..aku dah lali lah dengan rotan dia tu..no hal punyer..! Kau dah siapkan homework yg cikgu Mas bagi last week?bagi aku pinjam jap!" Matapelajaran MUET yg paling dibenci membuatkan otaknya separuh gila.
     "Aku ni lebih kurang kau jer..kau pinjamlah sesiapa yg dah siap pasto bagi kt aku.aku pon nak copy gak.hehehe..."Zack tersengih seperti kerang busuk.
     "ei..kau ni memang tak leh harap lah..urmm..sapa erk..?" Afi seolah2 berfikir
     "i think i know...hehehe.."ujar Afi tersenyum sambil mengangkat2 keningnya.Zack yg memahami maksud Afi turut tersenyum.Lantas,Afi berjalan menuju ke arah Syam dan mejanya menjadi sasaran punggung Afi.Lagaknya seperti seorang samseng.Zack hanya memandang dari jauh.